NADI Awareness - NADI SHIELD: Lindungi Data Peribadi
23 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Mei 2025, Khamis, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengendalikan Webinar NADI Awareness - NADI SHIELD: Lindungi Data Peribadi yang bermula dari pukul 4:00 petang sehingga 5:00 petang. Webinar tersebut dijalankan di NADI Rantau Panjang.
Antara pengisian program tersebut adalah pengenalan kepada definisi lindungi data peribadi. Dimana peserta diberi pendedahan mengenali laman web yang berisiko kepada pengguna. Antara topik yang dibincangkan adalah cara melindungi diri daripada terdedah kepada scammer dengan menggunakan kata laluan yang kukuh dan unik, mengaktifkan pengesahan dua faktor (2FA) dan memberi pendedahan bagaimana mengenali penipuan atas talian dan taktik scammer. Pada akhir sesi, para peserta diberi kuiz untuk menguji pemahaman tentang taklimat yang diberikan.
Semoga peserta komuniti boleh mengadaptasikan pelajaran yang telah diterangkan bagi mengelakkan penyalahgunaan Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: